Friday, August 7, 2009

Penularan H1N1 serius - Najib

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius.

Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan menyeluruh termasuk mengelak daripada menghadiri majlis perhimpunan awam sekiranya tidak perlu.

Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka bila perlu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia (KISMAS 09) di sini hari ini.

- Utusan

No comments: