
TERBONGKAR sudah rahsia yang dulunya digenggam kemas. Segala-galanya yang selama ini menjadi teka-teki dan tanda tanya terlerai satu demi satu. Kelmarin, di atas pentas Theatrette, Palace Of The Golden Horses, pasangan kekasih
Mawi dan
Ekin membawa perkhabaran indah yang mungkin dinanti-nantikan peminat mereka.
Mengulangi kembali sejarah dua tahun dulu yang pernah dilakukan
Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya
Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa,
Mawi mengikuti jejak pasangan itu dengan mengadakan sebuah sidang media khas untuk mengumumkan tarikh
pernikahan mereka.
Ibarat pepatah lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji,
Mawi nyata menunaikan janjinya sebelum ini yang mahukan semua media berkumpul bersama-sama dan mendengar sendiri tarikh perkahwinan mereka yang sahih menerusi mulutnya sendiri.
Hasil perbincangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak,
Mawi dan
Ekin sepakat memilih tarikh 20 Disember sebagai hari
pernikahan.
“Tarikh 20 Disember itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna apa-apa cuma kebetulan tarikh itu jatuh pada cuti sekolah. Senang saudara mara nak datang. Selepas majlis
akad nikah, sebelah malamnya pula iaitu di Stadium Tertutup JB akan berlangsung majlis kenduri sebelah pihak perempuan.
Sumber: Bharian